HAZARDOUS KOTA TINGGI

~SOAL SELIDIK~

Berikutan kepada penyelidikan kami, soal selidik telah dijalankan terhadap responden yang kebanyakannya berumur diantara 40 tahun dan keatas. Majoriti peniaga di Kota Tinggi, terutamanya di kawasan Bazar Kota Tinggi adalah berketurunan Melayu. Terdapat juga peniaga yang berbangsa Kemboja yang telah lama menetap didaerah Kota Tinggi . 92% peniaga menyatakan bahawa peniagaan mereka terjejas teruk sekali semasa kejadian banjir 2006/2007. Pada perspektif peniaga, tarikan pengunjung ke Kota Tinggi adalah aktiviti membeli-belah. Ini kerana Bazar Kota adalah terkenal dengan jualan kain-kain dan dinamakan ‘Mini Kelantan’ oleh pengunjung kerana aktivi perniagaan dipelopori oleh peniga dari Kelantan. Ini diikuti pula dengan tempat-tempat bersejarah dan khazanah alam semulajadi seperti Air Terjun Kota Tinggi dan kunang-kunang.

~Soal Selidik Para Pelancong~


Kami telah menjalankan soal selidik dan pemerhatian ke atas 10 orang responden, yang kebanyakannya berumur 40 tahun ke atas. 6 orang daripada mereka adalah warganegara Singapura dan selebihnya adalah daripada Negara Matahari Terbit,Jepun. Kesemua pelancong dari Singapura ini datang bersama rombongan yang menaiki bas. Mereka ini datang hanyalah sehari ke Kota Tinggi memandangkan jarak perjalanan yang tidak memakan masa yang lama dan juga sebagai tempat persinggahan terakhir sebelum pulang ke Singapura. Mereka datang bersama keluarga dan sahabat handai ke Johor adalah untuk melarikan diri dari kesibukan dalam kehidupan seharian.
Tempat yang menjadi tarikan utama pelancong-pelancong ini ialah Sungai Johor yang kaya dengan khazanah alam semulajadinya iaitu kehadiran kunang-kunang yang mampu memukau mata yang memandang di malam hari. Selain itu, mereka juga gemar membeli-belah terutamanya barangan tekstil di Bazar Kota yang digelar ‘mini Kelantan’ oleh peniaga tempatan. Segelintir daripada mereka pernah berkunjung ke Kota Tinggi sebelum ini terutama pada waktu cuti sekolah. Bagi pelancong-pelancong dari Jepun, mereka akan menginap di hotel sekitar Kota Tinggi terutamanya Hotel May Res. Hasil temubual kami bersama mereka, hanya sebilangan yang pernah mendengar berita mengenai kejadian banjir yang berlaku di daerah Kota Tinggi ini. Kesemua respondan memberikan kerjasama yang amat baik semasa kami menyoal dan menemubual mereka.

Hasil Penyelidikan

Hasil Penyelidikan

Graf di atas menjelaskan tentang pendapat antara peniaga, penduduk tampatan Kota Tinggi iaitu terdiri daripada orang-orang kampung Kelantan serta pelancong tentang tarikan kawasan-kawasan pelancongan di Kota Tinggi. Terhadap para pengunjung yang terdiri daripada pelancong, penduduk tempatan dan peniaga. Kawasan-kawasan pelancongan itu terdiri daripada tempat-tempat bersejarah seperti Makam Laksamana Bentan dan Kampung Makam, Keajaiban kunang-kunang di Sg. Johor, air terjun Kota Tinggi dan juga pusat membeli belah di Bazar Kota. Majoriti kawasan pelancongan kunang-kunang adalah paling menarik minat para pelancong untuk mengunjung. Para peniaga juga turut mengatakan bahawa keunikan kunang-kunang serta tempat-tempat bersejarah di Kota Tinggi sangat menarik perhatian para pengunjung untuk datang berkunjung ke Kota Tinggi.


Graf di atas menunjukkan jenis bangsa pengunjung yang datang mengunjung ke Kota Tinggi. Kebanyakan pengunjung yang datang mengunjung ke Kota Tinggi adalah terdiri daripada penduduk Malaysia sendiri. Seterusnya adalah pengunjung yang berbangsa Singapura dimana mereka hanya mengunjung dan bermalam di Kota Tinggi selama sehari sahaja bagi menyaksikan keajaiban alam kunang-kunang yang sering diperkatakan di Sg Johor seta tempat-tempat pelancongan lain seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Selain itu terdapat juga para pelancong yang berbangsa Jepun dan China dimana sebahagian mereka datang untuk melancong dan sebahagian yang lain berkunjung atas dasar kerja.


Graf di atas adalah menunjukkan jumlah para pelancong yang datang berkunjung ke Kota Tinggi selepas banjir mengikut pandangan daripada para peniaga yang berniaga di sekitar bandar Kota Tinggi. Didapati bilangan pelancong yang datang berkunjung adalah semakin berkurang selepas kejadian banjir. Ini dapat dijelaskan berikutan dengan bencana banjir besar yang melanda Kota Tinggi sekaligus telah mempengaruhi jumlah bilangan pelancong yang datang berkunjung ke Kota bersejarah ini.

No posts.
No posts.